nuffnang here

anda SEMUA:)

Tuesday, May 29, 2012

ME, aunty-to-be ! :)

hooreyyy..:) nampak tak betapa gembiranya aku?hee.
kalau setahun yang lalu aku update pasal akak aku kahwin,
now, syukur Alhamdulillah. aku bakal jadi aunty within 9 months.heee..
my only sister dah pregnant :) hope everything will be alright.
yes,mungkin minggu nie agak teruk bagi aku..macam-macam sakit yang datang but again,Alhamdulillah..one good news absolutely help me forget the bad ones.

my sis with her husband.
to my dearest sister, JASFIKA JAMURI take care of yourself. makan benda berkhasiat dan paling penting sekali,dekatkan diri pada-Nya. semoga Allah sentiasa bagi perlindungan untuk diri kau.

p/s : dah nak study week.doakan aku yang terbaik untuk final.then nak balik rumah baru! hoyeah3.

Monday, May 28, 2012

BBQ | team5

assalamualaikum :)
tak berapa sihat hari ni.jadi malas nak menaip panjang walaupun tengah ada mood mengupdate blog nie.
plan lepas nie nak bukak buku study sikit-sikit apa yang patut then tidur.*kononnya lahh.

so,,soo,,sooo,,,
26 mei 2012 bersamaan hari sabtu lepas.kami ahli team5 buat gathering..plan awal nak pergi berjimba di telok gorek,mersing*tempat aku FYE dulu tuhh..tapi kerana masalah-masalah yang tak dapat di elakkan,kami plan last minute buat BBQ je..special untuk kumpulkan semua ahli team5.

walaupun simple-simple je, gathering nie still awesome..dapat jugak jumpa senior-senior yang aku kurang kenal..

kerja membakar bermula seawal 5 petang.
lepas maghrib pun masih membakar lagi.
makan besar time ! :)

habis je makan,kami plan pulak naik balai cerap untuk tangkap gambar.ini part paling best.bukan senang nak tengok view UTM memalam kan.cantik sangat.hati manyak gumbira ouhh :)

kami .
kami lagi .
complete picture including photographer. ikhwan ismail
T5 :)
insyaAllah akan ade gathering lagi next time. semoga hubungan yang ada terjalin tetap utuh sampai bila-bila.walaupun dah kahwin..kuikui

p/s : kinder bueno peneman setia malam nie.kenyang. :)

Friday, May 18, 2012

sing along :)







untuk mencintaimu-seventeen

Tuesday, May 15, 2012

it's called awareness :)

assalamualaikum.

semalam aku tengok ramai pulak tukar default picture fesbuk.sama pulak tu..tak paham tak paham*mula-mula laa..but then terbaca satu post pasal gambar nie.

aku rasa korang pun dah tau pasal hal nie. yes,bagi aku.aku pun kurang bersetuju pasal mogok lapar nie. tapi itu pengorbanan mereka. mungkin ada sesetengah yang fikir,kita bukan boleh tolong apa-apa by changing our default picture kan.but it's called awareness.

10 gambar kesemuanya.

niat aku sekarang, nak bagi kesedaran tentang apa yang berlaku kat palestin sekarang. dulu kita tak tahu,tapi sekarang dah tahu kan? bagi yang tak bersetuju, itu pendapat masing-masing. bagi yang menyokong, lain pulak ideologinya kan. 


tahanan palestin nie tak dapat hak asasi mereka yang sepatutnya. itu yang patut kita sedar. takkan kita nak biarkan hal nie berterusan kan? mungkin kita tak mampu nak angkat senjata dan berperang. tapi senjata orang mukmin adalah doa. Allah itu Maha Berkuasa atas setiap makhluknya. doalah untuk kesejahteraan mereka.


walaupun kecil usaha kita, tapi insyaAllah besar nilainya di sisi-Nya. :)

p/s : cuba perbaiki mana yang salah.

Sunday, May 13, 2012

bioneer 2012 :)

tema : malam kacamata.retro je bunyi.huu
bioneer 2012. dinner anjuran student 2nd year course kami. kejuruteraan kimia-bioproses. ye,course kami memang tak popular. tidak dikenali seperti course yang lain. tapi kami tetap gembira dan bangga dengan diri kami.*taktau ape motif tulis camni.hehe

okey,last night. bermula jam 8 malam, kami bergerak ke dewan banquet,bangunan canselari,UTM skudai.
sampai-sampai je memang dah huha-huha.sibuk memasing tangkap gambar. lagi-lagi perempuan. tak sah kalau tak tangkap gambar. sementara menunggu tetamu kehormat laa katakan. :)

nasib baik bukan belon air.hee

makan sedap laa jugak. ade nasi beriyani, kuih, buah, manisan aka cendol..*sumpah betul manis. , pencuci mulut die best,sagu+susu cair tak silap..alhamdulillah kenyang. berbaloi jugak bayar. ade yang tolong nyanyi-nyanyi lagi.dapat jugak cenderahati..plus,dapat gather dengan senior-senior.walaupun ramai takde..tapi okey lah.yang datang pun dah kenal sebab family day haritu.

kawan baik + bodyguard = bob .kihkih
atras borhan :)





senior.abg emir
gegurlzzzzz.

1-skkb-ians

we are skkb-ians forever ! :)

itu je untuk post kali nie. insyaAllah batch aku akan organize bioneer untuk next year pulak :)

special untuk roomateku leeya sharazlee.jangan sedih-sedih..kau tak join BIONEER,kami pulak tak join MERAK SE'BLAST kan... fair laa tuh.huuu

aku dah mengantuk..tak tahan..nak tidur laa jap.sekian~

p/s: have fun with all senior and friends and also u :)