nuffnang here

anda SEMUA:)

Monday, June 20, 2011

berjuta-juta.

lame tak dengar lagu ni..
tetibe teringin nak dengar.
korang pun dengar la ye..:)

150 juta.

Thursday, June 9, 2011

jauh perjalanan luas pengetahuan :)

hello peeps :)
welcome here again.there is nothing much to say.
just some pictures to describe few things that i did a few days ago.
ahad;05062011
 it's MR.KABAB & BIRYANI actually.
design meja nie sangat menarik okey.
this one kat putrajaya.aku,akak n wife sepupu aku g sana cari barang sikit.
so,we end up makan kat sini.nak cuba nasi arab gitu :)

 aku tak ingat lak nama nasi nie.
tapi yang panjang tu ayam.
sedap jugak.lebih kurang macam briyani.
tapi mungkin kurang rasa sikit.

hee.it's me guys!!

yang atas tu belah pagi.next picture nie sebelah petang.
aku makan angin kat pantai morib dengan family aku.
lebih kurang sebab nak sambut birthday akak aku laa..
banyak benda dah berubah kat sana.lebih menarik laa dari dulu!

 can u see the ocean?
aku suka pergi laut..why?
 aku suka dengar bunyi ombak.:)

me again..nampak gemok kan?
hehe.

abah dan mama aku.
korang rasa muka aku ikut sape? 

kerang bakar+sate!!yummy..

 ouhh.aku suka benda pusing-pusing cam kipas tu.
yang warna warni tu!!!
cantik en.tapi sebab dah besar gajah..malu nak beli.
hehe.ade siapa-siapa nak bagi aku tak?weee..:)

and the last picture...................
TARAAAA..
yang nie aku buat selasa lepas.hee
percubaan pertama.tak berapa nak jadi.
isi penuh sangat sampai melimpah ruah.
 tapi rasa masih sedap ye.:)
*kantoi botol kicap..hee

sekejap je masa berlalu.sekarang ni aku busy tulis invitation card for my sister's wedding.
penat weyh..ingat sikit?dakwat pen pun habis!tangan lenguh tak perlu kata apa-apa..SENYUM!:)

jejaktapak: nak buat baju raya laa.*tiba-tiba.haha



Sunday, June 5, 2011

kalau hidup muda je camne?

hello friends :) how u guys doing?i'm fine.thank you.
ayat belajar masa tadika.ngee.


malam ni tiba-tiba aku terfikir pasal mati.maksud aku,hidup selepas kita pergi dari dunia yang sementara ni.
dan tidak semena aku teringat ustaz aku masa dekat mrsm kuantan dulu, ustaz zolkarnain.
siapa-siapa yang pernah belajar sana confirm akan kenal ustaz nie.masa era pemerintahan kiteorang laa.
sekarang aku not so sure dia femes lagi tak.:)

teringat ruang antara maghrib dengan isyak,dia akan bagi talk sikit kat kami.
masa mula-mula kenal,korang mungkin takkan suka cara dia..secara jujurnya,yap!aku rasa camtu dulu.
but then,lepas da lama kenal dan rasminya dia yang ajar kelas agama aku,aku jadi suka..
walaupun kadang seram sebab aku rasa dia macam boleh baca fikiran kita..ouuh,dalam kelas dia kenal aku sebab aku anak jawa!!haha..*okey,tak lucu.


cerita sebenar hari ni bukan nak cerita pasal ustaz aku tu.hee..seronok bila kau orang bercampur bergaul dengan orang yang banyak ilmu.korang tak perlu nak selak-selak buku,nak pergi library pinjam buku tebal-tebal ke..*tapi itu penting juga untuk kita mantapkan lagi ape kita tau kan..

apa yang aku dapat,aku rasa pandangan aku terhadap dunia nie..semua orang tak sama kan..kau dengan aku tak sama.kita punya pandangan pun lagi laa jauh berbeza betul x?mungkin sekarang kau fikir nak enjoy,nak work hard cari duit,cari pasangan hidup.okeyy,aku tak cakap aku tak fikir camtu.konfem aku mesti pernah fikir camtu..tapi masa sekarang jugak kita nak kumpul amal untuk bekalan kita nanti.
.kau ingat kalau kau takde makanan,kau boleh hidup ke??tak kan..paling-paling pun kau boleh bertahan seminggu..jadi??paham tak aku nak kata ape?tak paham takpe..aku malas explain panjang-panjang.

dikesempatan ini,to my only one sister in the world,JASFIKA bt JAMURI

HAPPY BIRTHDAY :) may god bless u always.
takde hadiah untuk kau pasal aku takde bajet.tunggu hadiah kahwin jela.tu pun kalau aku beli.hehe

hari ni hari lahir akak yang satu..ye,yang tu..yang sepet muka hitam manis tu..*lain sangat dengan aku.
mungkin sebab tu aku terfikir pasal hal-hal yang tertera diatas kot.
setiap tahun,korang mesti hepi sambut hari lahir kan?dapat ucapan,dapat hadiah daripada mak ayah,boyfren/gurlfren,membe-membe kan..siapa tak hepi camtu..kalau aku konfem hepi!

tapi tiap tahun tu jugak maksudnya umur kau dah makin bertambah.dan makin dekat dengan DIA.
kau takkan pernah jangka bila kau akn pergi menghadap DIA.so,bersyukur laa bila kau bukak mata pagi-pagi,kau masih boleh lihat dunia kita ni :)

jejaktapak: aku nak buat bilik yang bila aku bukak mata  je pagi-pagi,aku boleh nampak matahari terbit :)

Saturday, June 4, 2011

ade main tendang-tendang jugak ke?

HAHA.tajuk macam pelik.hari yang memenatkan bagi aku hari ni.
semua tulang empat kerat aku sakit.dah macam makcik-makcik,or paling teruk pun nenek!woo.
3 minggu lagi nk kahwin baru sibuk siapkan semua barang.of coz la bukan wedding aku kan.aku muda lagi.
takde siapa nak aku.haha.*okey,rendah diri sikit.:) siap jugak bunga yang aku buat.walau tak cantik mana pun.


mula lak kerja tampal-tampal.kakak aku memang ajak aku kembali ke zaman kanak-kanak agaknye.main gam.sakit kau tau.bukan gam uhu ke gam gajah atau gam yang buat dari nasi tu.hee..ni gam yang orang buat bunga tu.alaa,yang jenis pistol tu..bukan pistol main tembak-tembak ye anak-anak.panas kena gam tu.dah macam kena kejutan elektrik pun ada.korang nak tau camne rasa nye?try laa sendiri.tapi baik jangan cuba aksi berbahaya nie.
orang kuat je boleh..macam la aku kuat kan?HAHA.*gelak guling-guling.

tadi aku main dengan kucing aku.si mak buyung nie.dia tengah sarat bunting.dengan baik hati nye,aku pegang
perut die.aku usap-usap.besar sangat perut die.aku agak-agak aku lebih kurang 3 ekor kot dalam tu.cewahh!
da macam doktor haiwan tak bertauliah pulak.pastu aku terfikir nak buat kerja pelik sikit.


aku pegang perut die lama-lama.*dengan penuh khusyuk okey.mana tau anak die ade main tendang-tendang ke macam bayi dalam perut.haha.seriously,aku tak pernah rasa baby main tendang-tendang dalam perut ibu.dulu aku baik,takde main tendang-tendang mama aku.hehe*bajet je.padahal dah lahir nakal sangat tak tau nak kata pe.mama kata aku suka gigit orang mase kecik.ekstrem betul hidup aku.:D
sekarang aku menunggu saat-saat anak kucing tu nak lahir je.dan bersedia untuk mengurut mak buyung tu.
jadi bidan pulak aku.hee

masa suntuk.loceng dah berbunyi,letakkan pensel dan hantarkan kertas jawapan.:)

ouhh,2 bulan berlalu.apa dia?adelahh.yang ini rahsie.
terima kasih untuk hari yang telah berlalu.semoga tabah menghadapi hari yang mendatang.
cubalah makan tauhu.baik untuk kesihatan.yeke?mungkin laa.cuba google.HAHA.merapu meraban lagi.
ily :)

jejaktapak: cepatlah masa berlalu.bosan duduk rumah.:(

Wednesday, June 1, 2011

june sudah tiba.

hello june.welcome june.selamat datang june...huu.
dah lama aku tinggalkan blog nie.lama ke?korang fikir lah sendiri.
sementara orang-orang lain dah sibuk masuk U balik,aku still duduk kat rumah ni bina badan..
dah sebulan lebih aku senang kaki kat rumah nie.
bukan malas nak kerja okey cuma berat tulang nak angkat.hehe
nak kata masih dalam mood holiday,tak jugak.bosan gila sampai boleh reput duduk dalam rumah tau.
ape nak buat pun sampai tak tau.
kalau rumah aku nie besar macam istana or panjang macam jambatan pulau pinang takpe jugak kn.
boleh aku lari-lari,golek-golek,guling-guling satu rumah.at least boleh jugak kurus..boleh ke?cett.
mak ayah aku pun dah bising aku tak kerja lagi.opps,bkn mak ayah aku je.akak aku lagi lahh bising.
belum kahwin mulut da potpet je.da kahwin camne?tak sanggup aku bayangkan.haha..terngumpat lak kak.sorry lahh.
cuti-cuti malaysia yang memang khas untuk aku nie,aku habiskan dengan texting kawan-kawan je..yeke?haha.
okey,aku takdelah kaya sangat nak text semua orang kan..aku text yang penting2 je,maksud aku,orang yang penting :)

ouhh,yang bestnye masuk2 je bulan jun nie,cuti sekolah da mula lahh!apehal aku excited sangat..macam lah aku ade adik yang bila cuti,diorang boleh main2 ngn aku.padahal aku lah adik.haihh.
tapi bila cuti sekolah mula,mak aku pun cuti lahh..eh,mak aku bukan cikgu ye.harap maklum.mak aku keje kat kantin sekolah adela.hee
so,bila cuti,adela makanan terhidang bila aku bangun2 tidur.hee aku memang anak dara tak boleh harap.
da 19 tahun pun,tunggu mak aku masak.hee
almaklum,aku sanggup berlapar dari kena masak sendiri.kesian lahh sape jadi bakal suami aku.hehe.nasib baik si dia tak kisah.thanks sayang,ily :)
takde lah aku duduk rumah sorang kat rumah nie dalam 2 minggu nie.hee..seronok :)


jejaktapak: makan.makan.makan saje skg nie.i'm getting fatter.