nuffnang here

anda SEMUA:)

Sunday, May 13, 2012

sehari di wonderland,melaka.

tarikh : 11 mei 2012
hari : jumaat
masa : 2pm-4pm

malas nak taip panjang-panjang.in hurry..kena study math engineering oo.esok ade test =,=

layan gamba jelaa okey :)

sebelum masuk.

semangat je semua.
model sambilan.kihkih


penyek aku duduk tengah.

budak-budak comel je main nie. ;p

yg duduk dalam bola tu kena dera.haha

iman-ikmal

gugur jantung main bnde nie.

kanak-kanak rebina
overall.memang sangat fun sebab pergi satu batch kan..nanti dah tak boleh berjimba camni lagi..
mungkin ade yang kata tempat nie tak best,tapi bagi aku.okey lahh.seronok bila pandai hayati :)
walaupun at the end,adelah something yang jadi, aku malas nak cerita.

okey,next post.......................................will be continue

p/s : berfikir sebelum bertindak.

Tuesday, May 8, 2012

kelas microbiology | brainwash

aku baru je balik dari kelas microbiology. orang lain balik terus revise segala apa yang dipelajari, aku pulak sibuk duk bukak blog,twitter, fesbuk..memang betul laa kata lecturer PCP aku semalam.belajar main-main.tak serius..sekarang tak rasa laa akibatnya sebab belum kena.tett.*terkena batang hidung sendiri.hahah

tapi betul lah kata lecturer aku tu. tak sedar lagi sebab tak kena diri sendiri..belum rasa result tu boleh drop bila-bila masa je..test yang simple pun tak dapat nak cover.final tak tahu laa apa jadi. kalau belum keluar universiti pun dah tak serius, hidup main-main. camne nak go on lepas grad? hidup yang sebenarnya tu lepas keluar U. masa tu baru akan rasa macam-macam. baru kita sedar hidup kat U tu nak bantu kita jalani hidup masa kerja nanti..

sumber:google

mungkin kau belajar kat U yang orang pandang tinggi tapi tak semestinya kau keluar akan dapat kerja yang kau nak kan? jangan jadi macam graduan yang biasa.belajar tinggi-tinggi tapi tak jadi ape.akhirnya hidup pun terumbang-ambing..tak tahu goal sendiri ape.tak ada ape nak dicapai dalam hidup. biarlahh jadi macam orang yang kena buang universiti pun.contohnya Bill Gates. walaupun dia dropped out dari U, at least die dah berjaya sekarang.tak banyak kan orang macam nie? tapi boleh ke kita jadi macam die? so,kita dah cukup bertuah sebenarnya dapat masuk U nie. ramai lagi kat luar sana yang kurang bernasib baik tak dapat sambung belajar.

sumber:google
yang paling penting sekali,ingat laa jasa ibu bapa kita..mungkin kita tak nampak ape yang mereka buat untuk kita. tapi parents, takkan tunjuk kesusahan mereka depan anak-anak. *setuju sangat ni cost belanje kat U nie bukan sikit. even student yang dapat JPA or other scholarship yang 3/4 ribu tu pun belum tentu cukup kan.lebih-lebih lagi yang suka berjimba macam aku nie *ekk..memang sengkek habislahh. bila dah takde duit, sape korang cari? mesti parent kan. walaupun mula-mula kena bebel-bebel sikit, mesti dapat jugak kan?

tu laa kasih sayang ibu bapa.mane ade parent yang nak anak die susah..secara general laa, memang parents camtu. itu tanggungjawab mereka..kita pun ade tanggungjawab kita, bagi parents kita proud dengan kita.happy dengan kita.so, belajar laa baik-baik. jangan pulak lupa jasa mereka.jangan jadi anak yang tak tahu di untung.takde berkat hidup dunia akhirat.


pilih jalan yang betul.

prof aku kate lagi. ade dua jenis pengajaran : yang pertama,kita ambik pengajaran dari apa yang kita tengok terjadi kat orang lain. yang kedua,kita ambil pengajaran bila kita buat sendiri,dan kena kat diri sendiri. kalau dah kena kat diri sendiri,baru kita sedar kan?selagi tak kena,memang buat tak tahu je..jangan nafikan guys, sebab kadang aku pun macam tu. degil !

p/s: terbebel lak hari ni.maaf semua..bila baru kena brainwash,macam nie laa semangatnya.tengok esok lusa =,=' .

festival konvokesyen UTM ke 48.

siapa tahu aku kena tinggal hari tu?bukan kena tinggal dengan kekasih hati,kena tinggal dengan kengkawan pergi festival konvo(fesko).hampeh mereka nie,lupa kat aku.huhu*tacink jap..takpe guys,aku tak ambil hati pun.peace ^^v

so, disebabkan hari ni habis kelas awal. aku dan kengkawan aku yang dok tinggalkan aku hari tu pergi lagi ke fesko tu untuk kali kedua*mereka laaa.aku first timer. bila sampai je, penuh jugak lah padang kawad dengan booth..aku rasa yang paling puas mesti para-para mahasiswi sebab banyak betul kedai jual baju,tudung..yang jual cenderahati pulak macam sampingan je.huu

sempat lagi pinjam anak orang nk tangkap gambar.

penat berjalan,dapat jugaklaa baju sehelai dan sehelai kain untuk buat baju kebaya. dah lama cari.bila jumpa memang terus grab lah..tapi taktau laa sempat tak nak tempah sebelum raya nie. takkan nak tunggu raya tahun depan pulak.aigooo...*puasa pun belum,dah fikir raya.kihkih..apa-apa pun,okeylahh..as a first year student,*cewahh speaking ni first time pergi fesko kat utm.not bad.

so,kepada warga UTM,silalah jejakkan kaki anda memeriahkan festival ni okey.festival berlangsung dari 4-9 mei tak silap aku. :) dan tak lupa kepada mahasiswa yang grad tahun nie,congrats.semoga hidup lepas keluar u ni lebih baik.

p/s : takde gamba nak tunjuk.lupa pulak nak snap sikit.khusyuk sangat shopping.hahah


Saturday, May 5, 2012

pendirian yang tak seteguh mana.

standing on the line between giving up or holding on. 
otak aku kata,putus asa jela.jangan berharap.tapi hati aku kata,berjuanglah.kalau kita usaha,kita mesti dapat..but no ! ini bukan keputusan untuk beli baju,kasut or whatsoever tu. ini pasal perasaan manusia. bukan senang nak berubah kan? tambah lagi, mane boleh paksa-paksa. sekarang ni,aku berdiri kat tengah-tengah . kata pepatah, ditelan mati mak,diluah mati bapak. dua-dua aku taknak jadi.*i love u mama,abah (':


tapi apa yang aku cuba pertahankan, aku rasa sia-sia je. ia tetap takkan jadi milik aku. aku memang tak kuat pendirian. mungkin hari ni aku kata
"aku give up lah,makin aku kejar,makin laju dia lari"
.hah.semput aku.dah laa aku nie memang ada masalah stamina*aihh. but then esok lusa, kau akan dengar aku kata,
"ehh,aku boleh buat lah.aku tak selemah yang kau sangka!"
see, itu memang aku.aku tak nafikan langsung..padahal sebenarnya aku macam dah yakin giler ahh yang ia tetap takkan jadi milik aku.tapi aku tetap nak ubah pendirian aku.

anyone interested?
macam mane eh nak jadi orang tetap pendirian nie?  

notakaki: perasmian festival konvokesyen UTM malam nie eh?sebelum pergi usha ape yang ada,mai buat assignment dulu :)

Wednesday, May 2, 2012

i fake a smile :)


lama dah aku tinggal blog nie kan.rindu pulak.ketandusan idea+malas nak menaip..
tapi hari ni kita buat luahan perasaan sikit..

baru-baru nie roomate aku post something kat wall fesbuk aku.
pasal ape?
hmm,pasal perasaan yang kita simpan dan taknak bagitahu orang lain..but at the same time,kita harap orang lain paham yang kita ada masalah.
jujurnya,aku selalu je macam tu..tapi aku ni lebih suka diam kot bila ade masalah.tak pun aku jadi lebih hyper..bila rasa nak cerita baru aku cerita.itu pun at certain people jelah..yang aku percaya.

sebenarnya,bagi aku..aku rasa better kita cerita kat orang bila kita ada masalah..walaupun kita tahu orang tu tak dapat nak tolong apa-apa.sekurang-kurangnya kita dapat kurangkan beban yang kita rasa.

susah kan nak pura-pura okay nie? lagi-lagi bila nak fake a smile..pahit dan kelat je.takde seri pun.


p/s: aku harap dia memahami aku seadanya.