nuffnang here

anda SEMUA:)

Thursday, January 5, 2012

sem 1; examination : first day.

assalamualaikum dan selamat petang peeps :)


LOL.apesal aku rajin sangat update blog nie?semangat lebih betul..lebih dari jawab exam.huu..padahal berukband sangat slow dan boleh membangkitkan kemarahan yang mampu menukarkan aku jadi hulk. kihkihkih..takpelahh.disebabkan semangat exam hari pertama membuak-buak,aku nak jugak update post nie hari nie..heee..


8sekawan sy :)
so,exam hari adalah ULAB1112 : ENGLISH COMMUNICATION..pagi-pagi lagi aku kena menapak pergi kolej tun fatimah(KTF)..memang exercise betul lahh kan.tapi takpe..dapat jugak ambik mood sambil jalan jalan pergi ktf tuhh.ye tak? 

muka bahagia nak exam.kekeke
so,overall pasal exam hari ni..okey je kot.selain kesejukan tahap 10 dalam dewan tuh.huuu..soalan agak menarik.esei yang aku hentam pun agak menarik laa jadinya..HAHA.aku tawakal dan berdoa je sekarang..tak baik nak merungut sana sini kan?walaupun kadang kadang aku membebel itu ini jugak.hee..semua bergantung usaha masing-masing..:) *hope to be much better in future.

ouhh,aku jugak nak wish good luck untuk semua student yang sedang harungi final sem 1 nie tak kira lahh korang U mane pun.walaupun macam dah terlambat beberapa hari,ade aku kisah?hee..saya doakan anda-anda semua berjaya dengan jayanya dalam exam nie*eh .terutama untuk student 1SKKB, goodluck guys..kita belajar sama-sama.berjaya pun insyaAllah sama-sama :)

okeylahh.nak pergi mandi dan sambung belajar elektrik.aihh*nie paling lemah sekali.sekian~

p/s: setiap yang berlaku ade hikmahnya.Allah nak uji kita sebab nak tahu berapa kuat iman kita.so,don't blame Him for what happen.Allah nak duga kita dan latih kita jadi orang yang sabar. :)

pelangi.

beautiful :)
pernah tengok pelangi?


tipu lah kalau tak kan..


dah berapa hari ni aku teringin tengok pelangi.kenapa?entah..aku terfikir jugak kenapa..tapi tak dapat pulak jawapan..takde siapa pun yang ingatkan aku pasal pelangi nie tapi aku yang tiba-tiba ingat..dan sekarang aku sangat sangat nak tengok pelangi.aigooo..

jarang nk tengok yg mcm ni.
sumber: wikipedia;  Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasahujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merahjinggakuninghijaubiruindigo dan ungu.
Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.*boleh try nie.hekhek

tapi sekarang dah tak musim hujan.musim panas lak..so,agak payah lahh aku nak cari-cari pelangi kan...ade siapa-siapa boleh tolong aku???aku dah mengidam tahap ape tah..teruk lagi dari orang pregnant ngidam asam.*ade kena mengena kah?haha


p/s : mood exam sekarang.tapi sangat malas.



Monday, January 2, 2012

hello 2012 :)

yuhuuuuuuu...woahhh.excited giler aku nak update blog hari nie. baru brape jam menghadap buku,dah hadap lappy balik..haha.and so,so,so.misi aku hari ni sebenarnya nak revise VECTORS,MATRICES,3PHASESYSTEM & MAGNETISM..tapi setakat nie aku cuma berjaya study vectors and matrices je sikit..kahkahkah..semangat je tinggi menebal tapi hampeh :D


okeyy,mari abaikan sebentar pasal final(boleh pulak kan).weee...aku nak wish tahun baru sikit kat sini. jelez pulak tengok semua orang dah update pasal tahun baru..so,hello 2012 :)



first of all,kita ucap babai sikit kat 2011..*lambailambai.:) kalau nak review semua yg jadi mase 2011,memang tak terdaya laa aku kan..tapi dari pandangan mata kasar*cewahh..aku secara rasminya merupakan pelajar UTM skudai. tu je kot sejarah paling membanggakan tahun 2011..hehe.so,kisah aku lepas dan lepas nie memang banyak berkisarkan hari-hari aku sebagai pelajar universiti je.


ouhh,blog aku memang blog personal.,so,blog nie memang penuh kisah hidup aku je.pada yang tak sudi bace,boleh lah boleh lahh,sila lahhh.harap paham..HAHA*iklan


bila aku bace balik post aku setahun yg lepas,baru aku perasan something..converse aku dah berkhidmat selama setahun rupanya..hihi*big appreciation utk converse aku.haha


yeahh,dah habis intro.aku tadi.panjang nyahhh.sorry laa.aku memang suka membebel sebenarnya.cuma kadang-kadang tu segan sikit ^,^ almaklum lah.perempuan melayu terakhir.kihkihkih.
pandang depan,bawah,atas,kiri or kanan tapi jgn pandang belakang,,o.O


okey okey,part serius..di sini saya misz elz (bukan nama sebenar) ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ade terkasar bahasa,terburuk perangai kepada semua ahli keluarga,rakan serta taulan..*dah macam raya pulak ekk.=.= hee.aku harap ape yang dah jadi boleh lahhh kita buat tak nampak ye.kita bukak buku baru ye..bukan mukabuku tapi bukutigalima..hee.halalkan semua makan minum aku selama nie.hii..hutang tu kasi halal jugak eh,,buang jauh-jauh..pada yang nak tuntut hutang,mai datang jumpa aku :) aku doakan hidup korang bertambah ceria lepas nie.hee


macam biasa,aku nie memang setiap tahun ade wishlist..heee

  1. aku nak jadi anak yang baik kat mak ayah aku.sebab aku rase aku sangat lahh jahat,degil dan sebagainya.huu. kadang-kadang kena jugak buat mak ayah rase bangga kan?
  2. banyakkan amal sebagai bekalan di SANA nanti serta sentiasa dekatkan diri padaNYA.benda camni mahu tak mahu buat je..semua depends on niat kita..hidup kita kat dunia nie sementara je.so,kena laa sentiasa beringat.
  3. wish tahun lepas yg aku bawak pergi tahun nie,nak dslr sebijik.waaa..dah setahun tak tercapai lagi.tp aku rase camera compact pun okey.senang nk bawak :)
  4. jadi seorang kawan yang baik.ini haruslah..kalau kau tak baik,kau ingat ade orang nak kawan dengan kau?tak hadooo laa derr.
  5. cuba jadi matang sikit.hee..aku dah 20 la weyh..kekeke.padahal baru berapa hari lepas sambut birthday ke 19.,20 tu nombor je laaa.yang penting perangai kena pada tempatnya.
  6. belajar dengan serius for next,next and next sem..ini azam sebagai pelajar :)
hmm,cukup lah tu.walaupun dalam kepala otak aku banyak lagi nak tulis.tapi biarlah wishlist aku penuh dengan benda yang betul-betul aku nak capai kan..ini perancangan masa panjang,bukan cuma sehari dua.hee

kita mesti berpandangan jauh.heheh :)
p/s: aku cuba percaya balik kat die,plus,cube betulkan tali mana yg terikat,tersimpul atau terputus supaya jadi tali yang lurus balik.aminn~




Sunday, January 1, 2012

nineteen :) last memory of 2011.

mungkin tarikh hari ni orang akan post pasal new year,tapi aku??HAHA..cerita pasal benda lain lahhh ye.next post mungkin baru cerita wishlist baru. :) ouhh,BTW,happy new year peeps.semoga tahun nie mematangkan lagi diri kita dan semua amal diredhaiNYA :)


back to 2011 sebentar ye :)


ini cerita sedihku..ehh,silap lahh.ini cerita gembira aku..boleh kate paling gembira lah!hee
setiap tahun usia kita makin meningkat .macam tu jugak aku..untunglahh aku sebab lahir akhir-akhir tahun kan..hee.bila??kalau hari ni aku berumur sembilanbelastahuntujuhhari, kau rase aku lahir bile??hee.sila congak sendiri. jangan jeles sebab aku memang paling muda.sebab tu orang panggil aku ADEQ.:)


muke berserah.huu

tahun nie first year aku sambut ulangtahun kat UTM nie ditemani rakan-rakan aku..eh,cop cop..tak jugak. last year aku sambut kat matrik.aku ade update kt entry nie. last year aku malas nak cerita kan?tapi this year aku nak tulis panjang-panjang biar korang penat bace.heheh.

macam tahun lepas jugak,family aku datang jenguk aku kt U nie pasal aku tak balik.kalau tahun lepas mereka datang bawak kek pergi melaka,tahun nie mereka datang bawak bende lain pulak p johor.nanti aku cerita kat part hadiah-hadiah yoo.sabar semua sabar..tak payah nak kecoh sangat lahh.hadiah je pun..HAHA.


and tiga hari lepas geng-geng SKKB aku prank aku giler-giler punye. ye ye aku percaye korang kan. roomate aku kate aku LAMPI semalam.choiii -,- bukan lampi laa leeya sharazlee,cume tak dapat detect je plan korang.huu. alangkah positifnya aku kat korang semua. percaye korang bulat bulat tanpa sebarang keraguan.cewahhhh.gitu lak kan.ape ape pun..korang sangat ROCKSSSS.


kita kawan sampai bila-bila :)

kecian gamba khai takde,so,letak gamba yg nie. :)
to: leeya,chenad,bella,atie,ayu,aien,fiera,zira,ecah,iman,khai,bob,ikmal,shafiq,salim dan ramdan :)


 thanks a lot untuk kek and hadiah-hadiah yang banyak! aku terharu kot malam tu.nasib tak nangis je..kepada yang dok baling tepung and telur kat aku,takpe..aku redha.*redha tu ikhlas,haha. aku maafkan semua salah silap korang.kekeke.


okey,sekarang kita masuk part yang ditunggu-tunggu.haha


see,semua hadiah aku :)
HAHA.okey..aku tau korang jelez.haha. mesti korang tertanya-tanya kenapa aku makin besar,makin banyak hadiah aku dapat.hihi..jawapannya :........................ aku pun taktau laa.huu.mungkin sebab aku dikelilingi orang-orang yang sayang aku kott.hee..sayang tu kita tak tunjuk melalui ayat-ayat manis watsoever,tapi bagi aku more to perbuatan korang..huyoooo.hebat jugak aku berkata-kata.boleh dah nie jadi ahli motivasi tak bertauliah,ngehngehngeh.


okey,aku preview satu-satu hadiah ye.kepada yang berkenaan,sila baca entry nie sampai habis.aku buat special utk korang.


1st,mybabyVAIO..yang nie dari parent aku.thanks abah sebab bagi lappy baru nie.appreciate sangat sangat dah nie.janji tak main banyak dah.tapi nak janji untuk study pun tak boleh jugak.hehe..doakan jela anakmu nie tau abah,mama..:) sayang both of u sampai akhir hayat ell.


2nd,myheartbeat ELLEwatch..nampak jam yang depan lappy tuh?haa,yang warne putih+pink tuhh..yang tu pulak dari my c's n brother-in-law..JASFIKA & TANDAY. akak aku sorg nie memang tau lahh aku giler jam sikit.asyik-asyik beli jam..ehh,tak.tak beli..asyik-asyik usha jam.hee..sekarang aku asyik pakai jam tu je.aku tinggal dah jam merah n hijau aku..weee.


aku bagi tengok dekat sikit.hihi

3rd,mylittleCUCU..apebendakah itu?haa,kalau nampak bear aku yg warna putih pink tu,itulah die..yang nie actually hadiah first yg aku dapat malam birthday aku.siapa yg bagi??hmmm,fikir dua tiga kali nak tulis kat sini.hahah...encik bgsirr aku lahh yg bagi! tak kenal?lagi bagus..biarlah rahsie.haha.senior yg selalu nasihat aku.someone special jugak laa.selalu ambik berat pasal aku..baru-baru ni die hilang henfon,so,aku pun dah kurang mesej die.kecian die..sabar ye encik abg :)



4th,mybig mrBUNCHET..haha.perut die besar kottt.macam...tetttt.haha. yang nie special dari 8sekawan aku.korang kenal kan siapa?aku macam tak sangke mereka nak bagi bear nie.tapi aku sangat suka okey.buat susah-susah je belikan aku nie.da laa belikan kek bagai.aihhh..segan lak tetibe.HAHA..btw,thnx guys..kita kawan dunia akhirat insyaAllah :)


5th,mysecondwatch..ade kat depan star warne pink tuhh (refer gamba 1st)..yang nie from my friend muhammad syakirin. okey,yg nie pun aku tak sangke die nk bagi.orang UTHM kott sekarang.kan jauh tu..terima kasih weyh.jauh-jauh kau hantar..cantik.pandai jugak kau pilih.haha..nanti aku pakai.jangan risau ahhh..aku jage baik-baik.



abaikan latar tempat nie.haha
6th,mysweaterbulubulu..HAHA.gedik giler name.same macam yang bg sweater tu,roomate aku sekarang..leeya sharazlee again.dah berapa kali aku mention name die kali nie?meletup kau jahhhh..haha. sweater tu tersorok sikit.nmpk atas mrbunchet aku tuh? aku taktau ape motif kau bagi sweater kat aku.adakah kau cuba perli aku sebab aku kan tak tahan sejuk?? aku kumpul lemak yang tak dapat membantu memanaskan badan langsung.huhu. tapi,thnx ahh leeya.aku sangat hargai walaupun die berbulu-bulu.haha


7th,mypinkySTAR..haha..yg ni adik aku SALIM SAFIE bagi..adik lahh sangatttt kann.die nie memang saje lahh kan bagi aku warne pink pink nie.saje nak pekena aku..tapi at last,bantal tu jadi fevret aku kot..HAHA.sebab die selesa,lembut,nyaman..eh,ade ke?huuu..


cantik kn fiera pkai tudg tu?*tetibe
8th,mysweetFRAME..special dari norhidayu zahir..one of 8sekawan yang aku memang rapat lahh actually.kat frame tu die bagi aku gamba kami 8sekawan.die kate die nak bagi something yg akan buat aku ingat die..tapi nie bukan ingat kau sorang je ayu,ingat semua sebab ade gamba semua..huuu.aku letak frame tuh kat meja study sebelah gamba family aku. :)


9th,baju-baju!!!! yg nie bebudak lelaki yang sengal bagi aku..BOB n IMAN.korang lagilah aku tak sangke nak bagi kan.bagi baju lak tuhh.memang unpredictable laaa kn. tapi masalahnya,besar giler saiz. aku gemok sangat ke weyh?huuu..takpe takpe.better besar dari kecik.kang aku terus tak boleh pakai lak.heee.terima kasih ye abang-abang sy sekalian.haha


10th,last sekali..yg nie pun aku suka..sleeping bag weyh.kau adooooo? =,= haha.thanks yoo shafiq aka sam dan ramdan..senang lahh aku naik gunung lepas nie.dalam bilik pun boleh guna.haha..orang lain puteri lilin tak boleh kena panas,aku lak taktau lahh puteri ape.tak boleh kena angin sejuk.huu.


peace :)
11th,video form atie dari puncak gunung korbu..hee,thanks atie..walaupun aku tak naik lagi gunung tu,ade video jadi laa kan.heee..da lah kau call aku kat sane hari tu.then buat video pulak..memang aku sayang kau giler-giler lahh atie :) tapi malangnya aku takley nk upload vid tuhhh.taktau kenapa..HAMPA weyhh.baru nak buat korang jelez.adoiiiiii..


aku rase tu je kot..taktau lahh kalau ade yang tertinggal ke ape..nanti aku check balik ye kalau ade yang tertinggal.


haa,kat sini aku nak ucap berjuta-juta terima kasih laaa kat semua yg wish jugak.sangat terharu ramai yang ingat..nie yang untung  bila lahir hari cuti nie.semua orang senang je ingat tapi tak best sebab tak boleh laa pura-pura taktau.huuu


kepada en.ZAID bin MAZALAN,selaku abg angkat aku selama 5 tahun nie.thanks tau sebab tak pernah lupa wish..walaupun dah lame tak contact,tapi abang tak pernah lupa adeq..huuuu..okey,aku tacink sekarang.plus jiwang-jiwang sikit.haha


setinggi-tinggi penghargaan jugak buat :
miracikcit
ezzat adnan
syafiq rashid
mr.II :)


okeyy,aku dah penat.panjang giler post nie.sorry lahh kalau merepek meraban.tapi ade aku kisah?blog aku kottt..huuu..adioss~


p/s: nak sambung study lahhh.next week final oiiiii.heee