nuffnang here

anda SEMUA:)

Monday, July 23, 2012

ramadhan datang lagi :)

assalamualaikum people.
i know i know..dah dua hari dah masuk bulan ramadhan.and today is da 3rd !
but still, i wanna wish u guys HAPPY FASTING! :)


first day ramadhan hari tu, aku terpaksa berbuka kat tempat kerja..waaaa,sedih tau sedih? ingatkan dapatlah raikan hari pertama bersama keluarga tersayang.tapi demi kerja, apakan daya =.=
namun demikian *cewah ,semalam tercapai sudah hajat nak rasa masakan ibu waktu berbuka.thanks mama!walaupun buka simple, sangat best okey :)

 so so so,kita bukan nak cerita pasal makan apa waktu buka atau sahur, shopping apa untuk raya mahupun target duit raya tahun nie.erk? *dah besar pun ada hati nak duit raya..tapi apa yang kita patut buat sebulan nie.eh eh, bukan untuk sebulan nie sahaja,tapi bulan-bulan yang lain jugak. tapi kita perbanyakkan dalam bulan ramadhan nie :)


checklist kat atas tu sikit sangatlah. banyak lagi aku nak buat sebenarnya. tapi yang atas tu pun tunggang langgang. ye,aku akui, aku sangat teruk orangnya.astaghfirullah T.T

tapi, matlamat utama aku ramadhan nie, harus,WAJIB khatamkan al-quran. mungkin tak dapat mulakan semula dari awal surah.tapi aku cuba habiskan dari surah paling latest aku baca.insyaAllah. dengan izin-Nya.dapat dipermudahkan segala urusan. ameen.


“Puasa itu adalah pendinding,
apabila seseorang itu berpuasa
maka hendaklah ia tidak
bercakap kotor, tidak melakukan
kejahatan, tidak menjahili sesuatu
hukum dan ketika diajak berkelahi
atau mencerca maka hendaknya
berkata, “Sesungguh aku
berpuasa”.” 
(Dari Abu Hurairah,
diriwayatkan Abu Daud)

notakaki : bekerja di tempat makan waktu puasa adalah dugaan paling besar untuk aku sekarang.perut aku asyik bergendang je.huaaarghhh


1 comment:

  1. selamat berpuasa jugak =).. segala yg awak hajatkan insyaAllah akan tercapai dengan tekad&azam yg kuat. ~from"anonymous"~

    ReplyDelete