nuffnang here

anda SEMUA:)

Saturday, July 23, 2011

aku panas hati lagi..kau tak ke?

selamat malam semua..

 okeyy,tak sepatutnya muka nie.tak sesuai buat masa sekarang.

entri hari ini pasti akan di penuhi dengan carutan-carutan ditambah dengan kebengangan yang melanda..hah,gitu!sila tutup telinga tapi bukak mata.*gilerr

aku rasa semua orang dah alert dengan link-link virus di fesbuk.YA,yang bermula dengan 'hi,how are you?'
sungguh baik hati si pemberi virus ni..tanya-tanya khabar dulu.daripada kau tanya khabar,baik kau belanje aku makan!BIGAPPLE pun layann~huh*kau cam cilake.


ya,sepatutnya muka ini lebih sesuai!


walaupun aku tak pernah click link tuhh,tapi aku rasa komputer aku dahh di masuki virus yg sedang menggila.atau adakah salah game-game yang sedang didownload oleh abang ipar baru aku?huh..
tapi aku rasa account fesbuk aku mungkin jugak telah di'hack' oleh orang-orang yang tak bertauliah.*cis kau lahanat!aku benci kau..

sekarang,fesbuk aku dah tak boleh login..kalau bertuah je dapat login.pehh,itu sangat membengangkan aku okey??! owhh,mungkin bukan aku saje,tapi seluruh family aku..yg musykilnya,cuma fesbuk saje tak bole login..aku layan najwalatif kat youtube ke,main tweet2 kat twitter ke,melalut sambil mencarut kt blog ke,okey je..nampak tak kesengalan fesbuk sekarang? bila login je mulalah die bg noti,ade technical problem bagai..huh.kau saje nak mainkan aku..

hidup penuh kerunsingan baru-baru nie.ade sape-sape nak tanggung aku pegi bercuti tak??waaa ..sugar daddy mahupun gigolo tak masuk senarai.terima kasih

jejaktapak: aku nak layan perasaan dengar lagu jiwang.

Monday, July 18, 2011

air mata mahal nie..);

heyy peeps,,
tadi aku ade mood nak update blog nie..tiba-tiba,pufffffff!!hilang camtu je..*damn..
korang percaya atau tak, aku tulis entri nie sambil mata aku tak lekang dek air mata.cett..ape nieh!
menyampah gilerr bila ada orang berjaya sakitkan hati aku..air mata aku nie mahal tau.kau senang-senang je nak bazirkan..huh!
tidurlahh,bye semua~

jejaktapak: sorry guys,bahasa kasar hari ni.aku banyak mencarut dalam hati.cisss.

Friday, July 15, 2011

masa depan aku..redha jela.:)

hari ni semua orang sibuk pasal result UPU..ade yang happy,ade yang tak. aku lak.50-50..aku rase aku suka course yang aku dapat tapi aku tak nak U tu..huhu.*aihh. tu lahh,masa isi hari tu tak nak fikir betul-betul. sekarang tak boleh nak menyesal da. sekarang kena terima je.redha. semua ada hikmahnya.:) Allah know the best kan? taknak cerita panjang,nanti aku emosi..huhu.*tadi pun nak nangis.


SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF
SESI AKADEMIK 2011/2012

 
NO. KAD PENGENALAN/MYKAD : 921225105396
NAMA : NUUR ELLA BINTI JAMURI

TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:
KOD PROGRAM : TK29 
NAMA PROGRAM PENGAJIAN : KEJURUTERAAN (KIMIA - BIOPROSES)
IPTA : UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
URL SURAT TAWARAN : Calon boleh mencapai Surat Tawaran melalui laman web IPTA mulai 16 Julai 2011 (Sabtu)  
(Klik URL SURAT TAWARAN di atas untuk mendapatkan Surat Tawaran IPTA)

CATATAN :
1) Calon boleh mencapai Surat Tawaran melalui laman web IPTA mulai 16 Julai 2011 (Sabtu).
2) Calon WAJIB mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARAN pada atau sebelum 30 Julai 2011.

Sumber:
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia



rasa sedih nak berpisah dengan orang-orang yang aku sayang. asyik aku je merantau.huhu.
tapi takpela..aku bersyukur dapat peluang nie.alhamdulillah. korang pun doakan aku ehh.doakan aku jangan nangis.huu

jejaktapak: die kata aku cam budak-budak.die tak bagi aku nangis.tapi aku tau,aku mesti nangis depan die nanti.:( janji lepas nie takkan jadi cm dulu dah.kuatkan semangat ehh.

Thursday, July 14, 2011

kosongkan jari,penuhkan hati.

good night guys. ini bukan ucapan untuk masuk tidur. ini adalah ucapan selamat malam. ouhh,maybe good morning. already 1.30 am..entah,aku konfius. tak kisah lahh. tapi aku bersyukur masih berada di dunia ini.alhamdulillah. terima kasih tuhan :)

bosan taktau nak buat apa.takde arah tuju. niat sebenar sedang menunggu orang pulang dari kerja.aihh. lambatnya masa berjalan. rutin biasa,bila bosan mulalah rasa nak membeli belah di fesbuk.cehh,padahal window shopping je.takpe,itu sudah memadai.*ayat skema,benci.benci.benci!


okey,pernah tak kau rasa cemburu dengan orang lain? bukan dari sudut duit,otak atau perutnya tp hatinya..ayat pelik. kebahagiaan la senang cerita. aku pernah. tipu lahh tak pernah. aku enn memang selalu cemburu dengan orang lain.hehe *eh,bukan selalu,kadang-kadang je. ade masa dan ketikanya.

tadi ternampak gambar seorang teman bersama boyfie die..wahh,bahagia sekarang.dulu aku dengar ade konflik sikit.heh. *sibuk lak aku nk basuhkan kain orang. lol . tumpang gembira untuk dia. tapi untuk aku,aku pun bahagia sekarang. no men,no cry. tukar versi sikit. haha.mesti korang tak percaya kan? memang lahh.sebab aku gebang je.hehe. FYI,aku memang da kosongkan jari tapi hati aku da full. ape aku cakap?aku sendiri tak paham.haha abaikan.aku malas edit.



kadang-kadang bila kau duduk celah-celah orang yang freak,kau akan rasa kau lagi freak.heh. ape kau buat?
sekarang aku rasa camtu. asal orang sekeliling aku freak belaka?atau tu perasaan aku je..oh tidak. mimpi kot.
pergi la jauh-jauh perasaan. benci la kat kau.huh. tetibe emosi.aihh.*mengeluh lagi. aku tak suka lahh orang dekat-dekat dengan aku masa-masa camni. tak kisah la kau siapa.

Ya Allah,ampunkan dosa hambamu ini.aminn~

jejaktapak: post random.aku tengah pening.

Wednesday, July 13, 2011

kau bahan aku,aku bahan kau balik..amacam?

assalamualaikum..:)
 hey.kami gadis cun..HAHA

tajuk entri kali ni bermotifkan timbal balik.ape tu? aku pun taktau.main petik je..hee
semalam berjalan-jalan di fesbuk.pastu terkejut ade noti dr page physical one practicum two(F1P2)..bajet lahh nak terkejut.budak-budak group nie memang suka memenuhkan noti aku.aihh..dah biasa dah!
 taktau F1P2 tu ape? korang buat-buat tau jelaa..hee.kami adalah bekas pelajar KOLEJ MATRIKULASI MELAKA yang comel and hensem belaka..*bwekk.okey,tutup mata buat tak nampak...hah,capslock disitu..nampak tak kebanggaannya?huhu 

muka baik semua.haha

okey,macam biasa lahh..pegi lahh jenguk-jenguk jap group nie.mane tau diorg ada nak buat cabutan bertuah ke,bercuti g itali ke..hee.berangan!rupa-rupanya...jeng.jeng.jeng!!!
cik syuhada fatieha kita rajin sangat buat pantun untuk kami..haa.giler rajin lahh kau syud.aku yang duduk goyang kaki kat rumah pun tak serajin kau.heh.

nie la cik syuhada fatieha.wajah disembunyikan atas sebab-sebab tertentu..hehe

so,takyah aku nak bebel panjang..mari MEMBACA!!!


Awal bismillah lafazkan bersama,
assalamualaikum pembuka bicara,
F1P2 empunya angkara,
inilah seloka bergurau senda.
Calon 4flat dialah orangnya,
petah bercakap itulah kelebihannya,
FONG JUN FA nama penuhnya,
JUN FA itulah panggilan glamor.

Melalak di kelas perkara biasa,
bersama mereka bagai nak gile,
NAZRI&SYAZWAN punya angkara,
lecturer tak masuk punya la suke.
Dua jejaka jadi rebutan,
happy semacam member di hutan,
SYAKIRIN&HILMI jejaka perasan,
mengalahkan hero filem hindustan.

AZMEER memang bujang slumbe,
sepanjang mase ponteng saje,
AIMAN don't care org nye lain pule,
tpi perangai mereka same.

Orangnye cantik boleh tahan,
NORHIDAYAH,HAIZUREEN,SURAYA empunya gerangan,
dalam kelas suke berangan,
bila disoal lain pula jawapan.
Kalau belajar tekun sekali,
sampai x pandang kanan&kiri,
NAZALA&SAHIZAN nama diberi,
bile berborak lupe diri.

Budak maintain perangai gile2,
sekali pandang mcm cina,
bile berdebat nak menang saje,
jgn terkejut AINA namanya.
NURUL HIDAYAH inilah dia,
bile ketawa gempak dunia,
kalau meradang baik berjaga2,
silap hari bulan kasut terbang ke muka.

ELLA&FAERAH duduk berdua,
bile di sound buat 'dek' je,
ape saje dikongsi bersama,
tapi pakwe sendiri punye le.
si kecil molek bertudung ayu
agak pendiam pabila malu
syuhada fatieha org nya satu
syakirin tempat dia mengadu.
okey,dah siap salin tampal kat sini..semalam kami main kenakan orang sebab pantun nie.hee..entri nie khas untuk mengingati ahli-ahli F1P2.:)   thanks syud..kau buat aku rindu korang semua..korang tak rindu aku ke??haha.result upu dah nak keluar.nanti jangan lupa share-share ehh..korang kan suka sharing is caring nie..hee 
masa-masa nie kau akan ingat kenangan lama balik..tak kira lahh korang pernah gaduh giler-giler sampai nak tengok orang tu pun kau menyampah ke,kau rase nak bunuh ke..*hee.macam aku ade pengalaman..tapi waktu sekarang bila fikir balik,kau mesti nak balik kat masa lampau..kalaulah ade mesin masa macam crite doraemon tu.alangkah bahagia hidup!!
 
  muka happy,last chemistry class
tapi kita tetap harus teruskan hidup walau ape yang dah jadi.let bygone be bygone,okey?
for F1P2, i miss u all.rindu yang tak terkata. :)
jejaktapak: penat link name korang tau..hee 
 

Tuesday, July 12, 2011

ini masa kau,bila pulak masa aku???

hello semua.


da berkurun aku tinggalkan blog nie.yelaa,aku busywoman.HAHA..boo sama aku!padahal duduk rumah buat badan sambil tunggu result upu..yeay!excited tunggu jumaat ni.
aku tak update blog tak bermakna aku lupa korang semua.cehh,terharu tak?..walaupun aku tak pasti brape kerat je baca blog nie.ahh,ape aku kesah!tuiii,tiru ayat orang lak..takde adab.*maaf

post kali nie aku cuma nak cite pasal wedding my only sister.memandangkan kau da tanya aku en semalam kak.,
so,aku wat entri ni khas untuk kau lahh..takpe2,korang semua pun boleh baca..sila sila.nak duduk boleh,nk baring,nk menelentang.ikut suka kau orang lahh.aku tak halau pun.

oii kak..okey,aku memang takde manner ngan akak sendiri.die tak heran pun.
SELAMAT PENGANTIN BARU..walaupun takde la baru sangat kan..baru 2 minggu aku rasa..kan2?
aku cuma doakan kau bahagia dengan pilihan hati kau tu..cewahh.
da kahwin ni jangan kedekut lak ngan aku.kena laa belanje selalu..hehe.yelaa,aku en penganggur terhormat sekarang.:)
semoga kau dapat jadi isteri yang solehah,pandai masak..haha.okey,yang tu perli!biasa lahh,kan orang kata,kalau nk pikat lelaki,pikat perut die dulu..walaupun sebelum kahwin aku taktau kau pikat dia pakai ape.sebab tak pernah lak aku nampak kau masak.hee..ehh,maksud aku,adelaa kadang-kadang kau masak.*kena puji sikit.nnti die taknak belanja aku dah.hehe.
lagi-lagi.....haa,untuk abang iparku,WELCOME to my family!!nanti duit raya lebih-lebih sikit ehh..haha
tu je kot..taktau da nk tulis pe.

” Baarakallahhu Laka Wabaaraka a’laikk, Wajamaa’ Bainakumaa Fi Khhairr. “
May Allah bless you, and may Allah showers His blessings upon you and that He unites you in goodness.

jejaktapak: lambatnyer result upu nk keluar.tak sabar!