nuffnang here

anda SEMUA:)

Sunday, March 4, 2012

bebelan pagi ahad.

assalammualaikum bloggers and readers :) dah lama kita tak bersua kan.rindu jugak mahu mencarut, eh eh *mengarut kat sini.nak kata busy awal sem 2 nie.tak jugak laa.cuma aku je malas kot.kalau ikutkan,hari hari date   dengan blog tapi bace entry orang je..sendiri punya blog terbengkalai,kesunyian.*krik krik bunyi cengkerik

mungkin hari nie aku rajin sikit sebab berukband eh *broadband laju kot.makanya datanglahh semangat mengupdate blog walaupun taktau nak taip ape.lalala..

*sebenarnya intro atas nie aku taip 3 4 hari lepas kot.hehe..disebabkan kemalasan yg amat,aku cuma edit sikit sikit je..jadilah kan :) daripada takde intro.dulu cikgu BM aku ajar,setiap esei mesti ade intro,isi dan penutup.huu.so,kita kena jugak aplikasikan ilmu tu kat blog kan..kang kalau terus masuk isi,terkejut lak anda anda membacanya.

okey,cukup iklan.

kesabaran.
tadi asalnya sebelum aku mengonlinekan diri,aku nak study organic chemistry..ye.ORGANIC CHEMISTRY..rajin kan aku?aku tau..kihkihkih.tapi setelah berkira-kira,aku terasa nak update blog pula.hee.maka,disini lah aku..meninggalkan buku organic terkapai-kapai..>,<

dan sekarang,disaat jari aku sedang menari-nari di atas papan kekunci ni.cewahhh..aku terasa lapar pula.seraya ingin membatalkan terus hasrat study organic.huu..teruknya aku.yang tu pun aku tau..=,='

mungkin silap masa kot.mungkin hari ni patut selak Principle of Chemical Processes..ye.MUNGKIN..kerna memikirkan kuiz mingguan.next week,mass balance..yang aku ingat,banyak gambar je aku lukis masa hari terakhir kelas.LOL..

okey,cukuplah mengarut.nak cari makan..dan sambung study.sem 2 ni banyak subjek membaca.makanya kenalah rajinkan diri..sekian~

p/s: buang masa siapa bace entry aku harini..huu.sorry guys.terasa nak dengar someone membebel.tapi aku lak yg bebel lebih nie  >,<

Friday, February 10, 2012

be GRATEFUL.

ada orang jatuh tersungkur,ade orang jatuh terjelepuk.

ade orang mampu bangkit, tetapi ade sesetengah orang tak mampu nak angkat kaki pun.

berat bahu memandang, berat lagi bahu yang memikul.

mungkin malang bagi kita, tapi mungkin pengajaran bagi mereka.

bersyukurlah apa yang kita ada. 

kerna Allah beri apa yang kita perlukan.bukan apa yang kita mahukan.

aku gembira ada teman-teman yang memahami.thanks guys :)

p/s : there's silver lining behind every cloud.

Wednesday, February 8, 2012

kata-kata KOSONG.

amaran awal :
entri berbasa basi.jangan baca.nanti korang semua muntah hijau.


baru-baru ni mood aku turun naik.senang je ambik hati.EMO.maaf pada siapa yang jadi mangsa.ketidaksengajaan berlaku.

no matter how strong i want to be,i also have my breaking point..kan?#twitter


mulut kate okey,hati pulak macam kaca pecah berderai.FRAGILE ! hati perempuan.trending #ituperkarabiasa.


mane semangat tu pergi?susah sangat ke nak jaga hati sendiri.jaga hati orang boleh..hati sendiri mesti boleh jugak kan.BE STRONG.nasihat yang selalu diulang tayang,diputar semula..apa faedahnya?aku mula sedar betapa lemah diri aku sebenarnya.

menangis?hmm,mungkin hati tak serapuh itu.masih boleh dikawal.TIPU..walaupun tahu menangis tak selesaikan apa-apa.tapi tu salah satu cara menenangkan hati.tak salah menangis kan?bukan melalak meraung..mungkin aku cuma perlukan penjelasan..ataupun sebenarnya tidak.

aku paham sendiri cuma kadang-kadang menafikan.kenapa? LUMRAH.mungkin ego.nakkan yang terbaik untuk diri sendiri.tapi kadang-kadang,aku redha..itu yang sepatutnya.


dan sekarang,aku berserah..dan betol-betol redha.berbekalkan doa dan hati yang kental.aku cuma nak kau gembira.IKHLAS dari hati.kau tau yang terbaik.

aku tak perlukan kau mengembirakan aku.aku cuma perlu kau ada di sisi.itu dah cukup gembirakan aku..
kalau die yang terbaik buat kau.alhamdulillah.hanya doa yang aku kirimkan.

insyaAllah,Dia akan beri pelangi lepas turunkan hujan.

SMILE :) #sigh

p/s : u are my priority now,even if i'm only an option.frankly,i don't know where i stand with u and i don't know what i mean to u..can u expain it to me?

Sunday, February 5, 2012

salam maulidur rasul :)








p/s : bukan waktu nie je kita baru ingat nak berselawat.it should be anytime and anywhere :) peringatan kepada diri sendiri jugak.

Saturday, February 4, 2012

istikharah ku.


...
ya Allah,seandainya Engkau mengetahui bahawa ia adalah baik bagiku pada agamaku,kehidupanku dan kesudahan urusanku,sama ada cepat atau lambat,takdirkanlah ia bagiku.dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya.dan seandainya Engkau mengetahui bahawa ia mendatangkan keburukan bagiku,agamaku,kehidupanku dan kesudahan urusanku,sama ada cepat atau lambat,maka jauhkanlah aku daripadanya.dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya.

p/s: dalam nafiku,aku berdoa kau takdirku,