nuffnang here

anda SEMUA:)

Thursday, June 28, 2012

MRSM sentiasa dihati.

cewahhhh.tajuk entri sumpah tak tahan. ><
tapi aku tak tipu..mrsm adalah salah satu tempat yang aku takkan lupa.
btw, jumpa video nie dalam group MRSM sedunia.
siapa yang buat video nie,aku rasa memang menarik laaa..appreciation to mrsm :)


baru-baru nie ade event SPKG-KUATAGH di mrsm kuantan,sekolah lama aku..tapi tak dapat join..dapat tahu lak pengetua aka ayahanda dah nak pindah maktab..tak dapat laa jumpa lepas nie.takde rezeki agaknya..mungkin tahun akan datang boleh pergi spkg nie.insyaAllah.

notakaki : sebenarnya dah lupa lagu mrsm macammane..huuu*sue me.ohhh,spkg maksudnya sirih pulang ke gagang. :)


muka baru.

cantik tak header baru i? fresh lagi tau...jangan jeles semua.heheh >,<
pagi tadi baru update pasal nak header baru by IZA ZATY. tuptup dah dapat.kemain cepat lagi die edit.kalau aku,mahu berminggu jugak tak puas hati.heheh.

tadaaaaaa.


cehhh.macam suprise pulak.padahal dah tengok kat atas kan.yang nie part comel..atas tu part besar punya.heh*boleh scroll ke atas kalau nak tengok balik.kihkih :)

simple kan header nie? aku suka.takde rasa semak sangat..and i just love the colours :) okey da nie.cukup puas hati. alang-alang aku tukar header,aku tukar sekali background.see the bajet-bajet water flow kat belakang nie ? tapi tiba-tiba rasa penuh sangat pulak.huh =.= aku lebih suka plain.tapi takpe..aku cuba stay dengan background nie buat seketika.ubah angin.mana tau jatuh hati ke kan.hehe

again,thanks to adik iza zaty  for this header :)

notakaki : spek tu kalau google dapat warna biru jugak kan style.aihh.


Wednesday, June 27, 2012

sunset.

that sunset.
that sound.
that moment.
i think i miss it a lot.

credit to you.
 i do have problem.don't ask..just stay with me.it's more than enough.

notakaki : if i can repeat that time.


Segmen : Nak Header Free dari Iza Zaty

hye hye.
dah lama tanam niat nak edit header tapi MALAS. di sebabkan ade adik sorang nie, IZA ZATY yang baik hati offer nak editkan header untuk 20 blogger terawal,cepat-cepat aku post entri nie..heheh
korangpun boleh try jugak,klik banner bawah nie dan lihat detail :)


ayat untuk letak di header : theBIGpuzzle
Jenis Font : font d / font e
Link Blog : http://silentmodeon.blogspot.com/
Code Warna : 0000CE 

URL doodle/gambar transparent : http://fadhlinmastura.blogspot.com/2011/11/freebies-gambar-untuk-header-part-2.html

lain lain tambahan :warna tu ikut laa yg sesuai.gambar first ye,spek..tambah laa ape yang patut pun :)

done.thanks :)

notakaki : tak start cari kerja pun lagi.huh


Monday, June 25, 2012

Sayakah Follower Bertuah itu?

hello peeps.
sementara cuti takde kerja nie, TER-rajin pulak join macam-macam. mana tau ada rezeki ye dak? :)


kadang-kadang peraturan dibuat untuk dilanggar kan? maka,disebabkan im not sure siapa yang setia baca blog aku yg mengarut nie,aku tak tag sesape lah..semua yang follow and baca blog nie dijemput join :)

sekian.

notakaki : beg yang cun.dah lama cari.please be mine.huu

Friday, June 22, 2012

free skype credit.

okey,baru-baru nie aku check email setelah sekian lama laa jugak tak bukak..lebih-lebih lagi bila datang musim exam and broadband slow macam kura-kura.memang takde mood laa nak online kan..

semalam disebabkan takde ape nak buat kat rumah nie..aku pun rajin-rajin kan lah diri check email..kononnya nak delete laa email yang berlambak tu.semak je rasa...tapi tiba-tiba perasan satu email dari skype yang tak terbaca.

klik untuk tumbesaran.
klik untuk tumbesaran juga :)
aku dapat free skype credit weyh..aku dah redeem voucher tu..tapi masalahnya.aku tak paham bila je aku boleh guna credit tuh?heh..anyone can explain it to me??

notakaki : tiba-tiba datang mood rajin.heh

saved in memory :)

assalamualaikum,
credit to ramdan mechor.
lama dah tak update blog..exam dah selesai..aku dah sehari balik rumah.baru sehari dah terasa kebosanan nye.huu.nak cepat-cepat kerja..insyaAllah awal bulan tujuh mula laa kerja kot.

dah berapa kali aku bukak tutup blog nie.niat nak update memang kuat..tapi nak menaip tu takde idea..aih,tak suka perasaan macam nie.okey lahh,sementara tengah rajin sikit nie.aku nak cerita penutup sem 2 aku sebagai mahasiswa kejuruteraan kimia-bioproses..

buruknya muka gua.huu

lepas selesai je last paper, microbiology jam 4.30pm, 19 jun 2012..aku dan kawan-kawan yang lain start prepare untuk buat BBQ :) walaupun rasa macam hmm,tah ape jadi result sem nie.kami try untuk hepi jugak last day nie..

preparation.
bakar-bakar.sampai terbakar tangan memasing.
hasilnya..huahua.hangus.
cheers everybody ! jyeahh.
jemput makan..kalau sanggup. >,<
ade kek jugak. :)

the boys.
the girls pulak :)



to skkbians 11/12 : thanks semua untuk malam tu.seronok sebab dah lama tak gather camni kan..alhamdulillah dah selesai dua sem.bermakna selesai sudah tahun satu..semoga ape yang kita dapat dua sem nie bantu kita untuk masa depan nanti..harap friendship kita berkekalan selamanya. :)

walaupun tahun pertama nie orang kata senang, tapi bukan semua senang kan..lebih-lebih lagi bila kita yang buat benda senang jadi susah.insyaAllah sem depan usaha labih kuat lagi..tak boleh mudah putus asa.


notakaki : nak cari kerja cepat-cepat.bosan sudah duduk rumah.plus,takde duit..>,<


Tuesday, June 12, 2012

examination week.minggu SENYAP.

hai hai hai..aku ada bagitau tak aku dah start final semalam?
rasanya belum kan.tak sempat nak update blog.fokus study.kononnya.
nak kata aku huru-hara minggu nie,tak jugak..nak kata aku study 24 jam,tak jugak.semalam baru keluar berjimba sekejap..heh.

tapi mungkin minggu nie minggu senyap..aku tengok memasing serius je study..*bila datang mood study lah.kalau tak sama je.kihkih..sunyi je blok.semua sibuk menghadap buku.bosan sungguh bila datang minggu exam.


jadi,aku nak istiharkan..aku pun nak SENYAP jugak laa dua minggu nie..senyap dari fesbuk,twitter,blog,phone*ehh,ini tak boleh..tapi nie mungkin cuma bertahan sehari dua je.hehe..dugaan dugaan.satu hari tak bukak twitter dan blog buat aku rasa tak bernyawa.heh*tiputipu..

kali nie nak study betul-betul.taknak jadi macam sem lepas dah.main je banyak..tak kisah laa orang nak kata ulat buku or whatever.heran pulak aku..yang penting aku score sem nie.*azam


 bawah nie jadual exam aku..buruk?haha.memang buruk..yang penting aku paham ape aku tulis.:)

oc n math satu hari :(
done with TITAS.4 more papers to go :D
okeylahh.masa untuk sambung study..tapi pergi menghadap ilahi dulu.sekian.

notakaki : lapar.lapar.lapar.


Friday, June 8, 2012

NIKON GIVEAWAY by ieqah blog gajah

assalamualaikum semua :) 



saya join Nikon Giveaway by Ieqah Blog Gajah kerana giveaway utama kali ni adalah nikon pendrive yang sangat ohsem :) sangat cantik dan unik.susah nak cari..tak ada dslr yang sebenar, ada pendrive bentuk dslr pun dah memadai.hee..lagipun dapat guna pendrive nie untuk save macam-macam kan..sangat-sangat berbaloi :)


gambar lama,camera pinjam.huu

so peeps,tertarik untuk join GA nie?? korang semua dialu-alukan untuk join.bende best kena la share bersama kan :) boleh klik link bawah nie untuk lebih detail..ouh,tarikh tutup akhir jun.

1st GA: Nikon GiveAway By Ieqah Blog Gajah 


nota kaki : sekali sekala join contest kan.release tension jap tengok bende comel-comel.



Thursday, June 7, 2012

all terrain vehicle | ATV

rasanya aku pernah update pasal nie.tapi tak sure lahh.malas nak check balik post-post lama.
tapi pada yang dah memang sedia tahu.aku sangat-sangat  nak cuba ATV nie..dulu aku tau pasal nie pun lepas baca paper.terus google cari laman web die..rupa-rupanya ada je kat KL tuh.senang laa nak pergi.cuma takda teman..

quad-atv
best jugak buat aktiviti nie waktu cuti nanti..tu pun kalau ade duit lahh.tengah kering poket sekarang.huu..niat utama cuti nie, nak kerja.nak duit..*aku nampak macam mata duitan lak.hoho..

sumber:google

untuk korang yang berani cuba aktiviti lasak macam ni atau yang bercadang nak buat aktiviti dengan family ke kawan-kawan ke.tapi takda idea lagi nak buat apa..boleh laa lawat web nie..mungkin berminat kan.jangan risau..insyaAllah keselamatan terjamin.

aku bagi tunjuk sikit tempat yang berlainan,trail laa berlainan dengan harga yang berlainan lahh ye.tapi ada yang kena booking awal-awal dulu..nak cerita panjang-panjang aku tak mampu.kena laa usha sendiri.hendak seribu daya,taknak seribu dalih.*ade kena mengena tak?hehe








daripada join aktiviti tak berfaedah,lebih baik join aktiviti nie kan..selamat mencuba :) life ain't easy guys.be tough.:) okeylah.asyik berblogwalking dan bertwitter je.buku tak bukak-bukak..aihh.semangat semangat! first paper lagi 4 hari.


notakaki : TITAS sangat bosan bila kena baca sendiri.takde ke yang tolong baca untuk aku.hee :)


instax mini 25.

ehem..ehem..korang kena tahu bahawasanya..
aku sedang menaip dengan perasaan cemburu buta..huahua.

kawan aku baru je beli instant camera nie.

nie lahh rupa camera yang die beli tuh.siap ngn casing die beli.

instax mini 25

walaupun camera nie murah berbanding DSLR tapi film die mahal oo..RM25 untuk 10 keping..untuk yang mini camni lahh.so,kalau nak snap gambar memang fikir dua tiga kali gak lah.huu

actually camera nie ada banyak jenis dan fungsi yang berbeza,so,kalau nak beli,kenalah survey baik-baik.

ada wide and instax mini..perbezaan paling ketara, mini nie size gambar dia cuma sebesar credit card je.standard kad biasa..wide pulak dua kali ganda mini..

nampak perbezaannya?

untuk lebih informasi,korang boleh laa try cari kt pakcik google yang hebat..nie salah satu web yang korang boleh lawat :) kawan aku beli camera nie kat web tuh.ade jugak jual barang termasuk leather bag dan films.


tak salah nak beli kan?yang penting jangan boros :) untuk sahabat baikku,boleh laa pinjam lepas nie kan?heee

p/s : polaroid vs lomo.mana lagi cun?of coz laa lomo.kihkih


Wednesday, June 6, 2012

wordless wednesday | DHUHA



DOA DHUHA


Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa sahaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.




 nota kaki : baru tersedar,lama rasanya tak amalkan solat dhuha.betapa ruginya diri aku ya Allah.


happy birthday sister :)

assalamualaikum.

sebenarnya aku malas nak update blog nie.fikir nak belajar je..tapi demi akak aku satu-satunya tu.aku cari jugak mood nak update.

to my dearest sister, JASFIKA JAMURI,

happy belated birthday i should say. :) birthday semalam kn.


HAVE A BLAST! MAY ALLAH BLESS YOU..mungkin tak perlu bagi kau hadiah dah kan?dah dapat hadiah baby.hee.love u c's  :)

notakaki: menaip dalam keadaan mata nak terpejam.huu


Friday, June 1, 2012

FLIP BOOK. I WANT TOO.

i was fascinated by the flip book actually.but the song also not bad.
ENJOY :)


 LET ME DRIVE
THE WINTER GLOVES

I thought you were ultimately right
I know you're not, come on just let me drive
And I say,

You sail me over the world
You sail me over the world
I said, I think I'll never be the same
But you did it over again
And I said

I can't wait till you pick me up tonight
You know I should take the wheel and drive
And I said, I thought you were ultimately right
The streets are empty, come on just let me drive

And you sail me over the world
And you sail me over the world
I said, I think I'll never be the same
But you did it over again
And I said 

p/s: i wanna study.please encourage me !


sem tiga ISM kejuruteraan kimia-bioproses.

assalamualaikum..jumaat.penghulu segala hari.semoga hari nie lebih baik dari semalam :)

hari nie jugak hari last prapendaftaran subjek untuk next sem.sekejap je dah nak habis sem.tak sedar dah almost setahun jadi student UTM..next sem dah second year.jadi senior laaa aku..hoyeah.kihkih*muka nak membuli junior. >:)

ek,tak nampak kan?click bagi besar sikit :)

sepanjang aku duduk uni nie setahun,alhamdulillah..banyak benda aku belajar.aku malas laa nak list sesatu kan.panjang lak ceritannya nanti.walaupun mungkin result tak berapa nak mantap macam orang lain,tapi bagi aku yang kerja asyik berjimba tak sedar-sedar diri nie.okey lahh..aku cuba kekalkan yang terbaik dan cuba perbaiki ape yang patut.

final sem dua lagi seminggu nak start,aku pun dah mula nak tahan godaan-godaan dari keluar sana sini.*ada kawan-kawan kaki jalan memang payah.huu..nasib baik jugak kewangan tak berapa nak utuh,so,senang kawal diri dari keluar..so,boleh laa belajar kt bilik.kononnya.percaya sangat laa aku nie. >,<

korang ade to-do-list?aku dah ade...bangganya ;p

seperti entri-entri yang lepas,aku nak wish best of luck untuk semua student yang nak final..tak kiralah uni mana,course ape pun..do the best guys.tak boleh putus asa selagi tak cuba.takda siapa pun tahu apa akan jadi masa hadapan kan..takpalah tak hebat pun,tak dapat 4rata pun..yang penting kita usaha..tawakal tanpa usaha,takda maknanya.betul tak kawan-kawan?



"And when you have decided, then rely upon Allah . Indeed, Allah loves those who rely [upon Him]."
 | al imran : 159


notakaki : sehari dua nie mood layan movie je..study tah kemana..adoyaii pun.